Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan


Semoga ramadhan kali ini penuh bermakna buat semua kawan2 pengunjung setia blog ...Gandakan ibadat dan amalan sepanjang ramadhan .. berpuasa dengan secukupnya ..dan penuhilah malam2 mu dgn bersolat sunat terawikh dan bersolat tahajjud .... biarlah ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya ..

insyaAllah ...
Selamat berpuasa..!!

Monday, August 25, 2008

Mohon Derma Pembinaan Masjid


Assalamualaikum WBT semua penjenguk blog ini ..

Pihak kami masih memerlukan derma daripada anda. Lawati www.masjidtokguru.blogspot.com untuk keterangan dan maklumat lanjut.

Kepada yang ingin menderma melalui Cek, Wang Pos, Kiriman Wang dan sebagainya, sila tujukan kepada "Bendahari Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" , di alamat No 38, Lorong 2, Kg Manal 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Atau ::. Hubungi En. Zaliman Bin Zakaria ( Penyelia Projek ) - 013 991 9083 & 013 920 1312

Terima kasih kepada yang telah sudi menderma. Semoga harta yang kalian belanjakan ke jalan Allah ini dilipat gandakan Allah akan pahala dan rezekinya.

Amin.

Terima kasih juga kepada sahabat saya (jibam) kerana membuka peluang kepada kita menambah palaha dan ganjaran di saat menghadapi Ramadhan.

Saturday, August 9, 2008

Laman web PERAKAN Sedia Dilawati Pengunjung...



ALHAMDULILLAH .. setelah menunggu sekian lama kini laman web Persatuan Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN) sudah kembali pulih dan bersedia untuk dikunjungi dan dilayari oleh peminat setianya. Atas sebab-sebab teknikal laman web yang beroperasi sejak awal 2004 tidak dapat dilayari hampir 5 bulan.

Namun kini kita bersyukur kerana ia berjaya dipulihkan oleh unit IT Perakan yang bertungkus lumus menghidupkannya. Sekalung TAHNIAH untuk warga penggerak laman web dan Setiausaha Agongnya, Saudara Ir Hamzah atas usaha dan gerakkerja yang bersungguh-sungguh tanpa mengharap apa-apa.

Untuk mendapatkan matlumat terkini berkaitan aktiviti PERAKAN dan perkembangan negeri Kelantan, anda bolehlah melayari di alamat http://www.perakan.org.my disamping jangan lupa untuk mendaftarkan diri dan bersembang santai bersama rakan-rakan lain dari segenap pelusuk dunia.

Bersamalah kita imarahkan laman ini untuk kebaikan kita semua dan InsyaAllah ia pastinya mampu mendatangkan natijah yang baik untuk semua, Bersatulah anak-anak Kelantan dalam satu wadah ini.

TAKBIRR...!!

Friday, August 8, 2008

Perhiasan dunia..

Wanita dan unsur-unsurnya

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Baca dan fikirkan dimanakah anda.
Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.

Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenangdiri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API
1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
2) Penasihat yang baik.
3) Pandaidancekap mengurus rumahtangga.
4) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
5) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Thursday, August 7, 2008

PERAKAN Anjur Ttemu~Mata 23 Ogos Ini



ASSALAMUALAIKUM WBT DAN Salam Sejahtera,

PERAKAN dengan sukacitanya menjemput semua warga Anak Kelantan Perantauan ke Majlis Ttemu Mata Anok Kelate dengan YB Tok Guru Menteri Besar Kelantan dan pimpinan Negeri. Matlumat Majilis seperti berikut :

Tarikh : 23rd AUGUST 2008 Hari SABTU mlm AHAD
Masa : Jam 8:30 MLM
Tempat : STADIUM BANDAR BARU BANGI ( KOMPLEKS SUKAN SEK 15 ) - BERHAMPIRAN ILKAP

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

Anjuran: PERAKAN MALAYSIA

Anwar tidak mengaku salah atas tuduhan liwat

Malaysiakini.com

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabie.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikatjamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan ikatjamin RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.

Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh meliwat Saiful antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 6 Julai lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan.

Anwar tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.

Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.

Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

Anwar didakwa hari ini

Wednesday, August 6, 2008

Kump.WakSir - Jange Hisap Rokok!



Kumpulan Wak Sir, amat popular disekitar era tahun 70-an dan 80-an. Sebuah kumpulan lawak jenaka menadaptasikan loghat Kelantan. Kalau sekarang ni lebih kurang Senario lah. Kalau masa tu program Raja Lawak sudah ada,komperm diorang juara...!!. Kebolehan dan kemampuan mereka berlawak jenaka, menyanyi dan mengacara majlis amat sukar ditandingi oleh kumpulan2 lawak hari ini.

Terdiri dari 3 orang anggota .. Wak Sir, Pak Ya dan Cikgu Mahmud Rail. Seringkali muncul dipentas-pentas hiburan dan diRadio Malaysia Kelantan. Kini Wak Sir dan Pak Ya hanya tinggal kenangan dah kumpulannya juga sudah tidak wujud lagi. Pemergiannya tiada ganti .. Al-fatihah buat mereka. Kini yang ada cuma Sabri Yunus yang ada mirip watak mereka.

Lawak mereka spontan dan bersahaja... lagu2 nyanyian mereka sarat dengan unsur2 nasihat dan pengajaran. Sememangnya mereka layak diiktiraf sebagai tokoh seni Kelantan. Semoga peminat mereka terhibur dan terubat rindu dengan video ini.

Sekian.

Tuesday, August 5, 2008

Lawak pagi : Interview ...

Shamsul menghadiri temuduga untuk mengisi jawatan Pegawai di sebuah syarikat ternama, penemuduga lalu bertanya soalan ..

“Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaannya?”
“Sebenarnya usaha usaha telah bermula empat lima tahun sebelum itu tetapi hasilnya hanya dapat di lihat pada tahun 1957” Shamsul menjawab dengan penuh sopan.

“Siapakah yang bertanggungjawab atas tercapainya kemerdekaan ini?”

“Banyak orang yang terlibat dalam perkara ini jika saya menyebut hanya seorang mungkin tidak adil pada mereka mereka yang lain yang juga terlibat” Jawab Shamsul.

“Apakah rasuah menjadi musuh Negara yang utama?”

“Ada usaha untuk mengkaji perkara ini jadi bila laporan sudah dikeluarkan boleh lah saya nyatakan dengan tepat” Jawab Shamsul.


Penemuduga sangat berpuas hati dengan jawapan Shamsul dan mohon dia jangan beritahu jawapan ini kepada calon calon yang lain agar soalan2 tidak bocor.


Di luar bilik temuduga Shamsul ditanya oleh calon2 lain apakah soalan2 yang telah ditanya. Shamsul tidak memberitahu sesiapa. Namun seorang pemuda Hadi namanya tetap menggesa Shamsul untuk memberitahu sesuatu. Hadi merayu sekurang kurangnya beritahu jawapannya . Shamsul akhirnya beritahu Hadi jawapan2nya.


Setibanya giliran Hadi ia masuk dengan keyakinan yang menggunung.

Tetapi oleh kerana salinan sijil lahirnya agak pudar dan sukar dibaca maka penemuduga mula bertanya memohon kepastian

“Awak lahir pada tahun berapa?”

“Sebenarnya usaha usaha telah bermula empat lima tahun sebelum itu tetapi hasilnya hanya dapat di lihat pada tahun 1957” Hadi menjawab.

Dengan rasa hairan penemuduga terus bertanya
“Siapa nama bapa awak?”

"Banyak orang yang terlibat dalam perkara ini jika saya menyebut hanya seorang mungkin tidak adil pada mereka-mereka yang lain yang juga terlibat ” Yakin betul jawapan Hadi.

Penemuduga mula marah. “Awak nii gila ke apa?”

“Ada usaha untuk mengkaji perkara ini jadi bila laporan sudah dikeluarkan boleh lah saya nyatakan dengan tepat” Tersenyum Hadi.

Penemuduga hanya menggelengkan kepala....

%&^$#@

Monday, August 4, 2008

Bangkitlah saudaraku ..!!


Saudaraku...!!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,

Saudaraku...!!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,

Saudaraku...!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,

Saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??

Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!

petikan: palestinkini.info

Friday, August 1, 2008

Pak Lah sahkan minyak boleh diturunkan.

Kenyataan Pak Lah hari ini menyatakan beliau sedang menimbangkan untuk menurunkan harga minyak !! Satu kenyataan ditunggu-tunggu rakyat marhaen. Cakap-cakap pak-pak menteri selama ini mengatakan harga minyak tidak boleh turun adalah kenyataan dangkal dan beku. Jangan kenyataan 'pilihan-raya kecil' sudah Laahhh ...

Abdullah sahkan harga minyak akan turun

PUTRAJAYA: Selepas lebih sebulan rakyat merasai kenaikan harga minyak - tertinggi setakat ini - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan harga minyak akan diturunkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun bila dan kadarnya akan diumumkan kelak masih menjadi 'misteri'.

"Kalau boleh loni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak.

"Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman," kata beliau dipetik Bernama.

Rancangan kerajaan hendak menurunkan harga minyak sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan beberapa menteri telah pun bercakap mengenai perkara itu, kata beliau Abdullah kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu, Abdullah berkata: "Sabarlah."

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa 4 Jun.

Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar AS$140 (RM457.80) setong tetapi kini telah turun sekitar AS$122 setong - BERNAMA

Sinar Jumaat: Carilah ketenangan di rumah Allah


Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

petikan: harakahdaily.net