Friday, August 1, 2008

Pak Lah sahkan minyak boleh diturunkan.

Kenyataan Pak Lah hari ini menyatakan beliau sedang menimbangkan untuk menurunkan harga minyak !! Satu kenyataan ditunggu-tunggu rakyat marhaen. Cakap-cakap pak-pak menteri selama ini mengatakan harga minyak tidak boleh turun adalah kenyataan dangkal dan beku. Jangan kenyataan 'pilihan-raya kecil' sudah Laahhh ...

Abdullah sahkan harga minyak akan turun

PUTRAJAYA: Selepas lebih sebulan rakyat merasai kenaikan harga minyak - tertinggi setakat ini - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan harga minyak akan diturunkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun bila dan kadarnya akan diumumkan kelak masih menjadi 'misteri'.

"Kalau boleh loni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak.

"Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman," kata beliau dipetik Bernama.

Rancangan kerajaan hendak menurunkan harga minyak sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan beberapa menteri telah pun bercakap mengenai perkara itu, kata beliau Abdullah kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu, Abdullah berkata: "Sabarlah."

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa 4 Jun.

Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar AS$140 (RM457.80) setong tetapi kini telah turun sekitar AS$122 setong - BERNAMA

No comments: