Monday, December 20, 2010

Menawan Puncak Broga Bersama KDN


19/12/2010 (Ahad) - Kira-kira 16 peserta terdiri dari ahli2 Kelate.Net berjaya mendaki dan sebahagiannya menawan puncak Bukit Broga pada program pendakian yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Cyber Bolasepak Kelantan (Kelate.Net) yang turut disertai oleh Presidennya Sdr Marhashim Mat (berkopiah putih).

Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk menghargai alam semula jadi di samping menyemai aktiviti riadah untuk kesihatan yang baik serta mengeratkan hubungan sesama ahli.

Saya turut bersama menyokong program ini dengan turut serta mendaki ke puncak, sememangnya aktiviti ini merupakan minat saya sekian lama cuma sejak kebelakangan ini masa tidak begitu mengizinkan.. tambahan pula stamina yang semakin kurang memberangsangkan..


Pendakian yang berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik itu bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.30 tengah hari. Selain peserta yang mengikuti program ini, pada masa yang sama juga terdapat antara 500 - 600 pendaki lain yang mendaki secara berkumpulan, keluarga atau bersendirian seawal jam 5.30 pagi.

Di kalangan pendaki itu terdapat juga mereka yang datang dari luar negara seperti Singapura. Sebaik selesai pendakian, para peserta dibawa kerumah seorang peserta yg merupakan penganjur program Sdr Salaby Ibrahim di Kesuma Lake yang etrletak tidak jauh dari situ utk menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan beliau.. namun say tidak dapat turt bersama kerana terpaksa bergegas pulang atas urusan keluarga..

Terima kasih semua.. korang memang terbaikkk..!!

Untuk sampai ke Broga, jika dari Kuala Lumpur hendaklah melepasi Pekan Semenyih dan memasuki Jalan Broga atau jalan yang sama menghala ke Universiti Nottingham hingga sampai kesebuah ladang sawit (sebelah kiri) berhampiran Rabbit Farm (kanan). Perjalanan berkereta daripada Pekan Semenyih kira-kira 20 minit. Jalan masuk ke Bukit Broga sebelum sampai ke Pekan Broga.

Sekian catatan saya.. seronok dan meletihkan tapi penuh cabaran .. insyaAllah kita jumpa lagi di lokasi2 pendakian lain yg lebih mencabar..!!