Monday, February 27, 2012

Lawak Pagi : Tengok wayang..


Asan Ali nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Ini kira first time dia tengok wayang sepanjang hidupnya.. Sampai di kaunter tiket, Asan beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Asan datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket…

Kemudian, Asan datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, “Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?”

Asan dengan penuh konfiden menjawab,“Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer.."

Kah..Kah..Kah..

Thursday, February 23, 2012

Denda RM7000 cubit anak sendiri..


Di Melaka, seorang ibu didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mencubit tangan anak kandungnya berusia 5 tahun sehingga lebam tahun lalu. Sekiranya gagal melunaskan denda dia terpaksa merengkuk dipenjara selama enam bulan.

Maszuridah, 34, seorang pembantu kedai adalah orang yang mempunyai tanggungjawab penjagaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun didakwa telah mengabai dan mendedah sehingga menyebabkan kecederaan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini pada pukul 9 malam, 20 Julai tahun lalu.

Jadi saya nasihatkan ibu bapa janganlah cubit anak-anak kita sampai lebam-lebam yer.. Kalau marah sangatpun bersabarlah dengan kerenah anak-anak.. Anak-anak kan amanah yang perlu kita jaga dengan baik..


Wednesday, February 22, 2012

Gunung Stong bagai 'syurga' pencinta alam

Panorama aman dan indah Taman Negeri Gunung Stong di Dabong, Kelantan menawarkan terapi minda bagi warga kota yang sudah lumrah dengan kehidupan penuh tekanan dan hiruk pikuk kota besar.

Taman ini terdiri daripada mukabumi yang berceranggah termasuk Gunung Stong setinggi 1,433 meter yang dianggarkan berusia tujuh juta tahun.

Baru-baru ini penulis berpeluang melawat tempat ini bersama 40 anggota Kelab Peminat Fotografi Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dalam ekspedisi tiga hari yang julung kali diadakan bertujuan mempromosi eko-pelancongan melalui perkhidmatan kereta api.

Ekspedisi ini bermula dengan perjalanan 10 jam menggunakan Tren Senandung Wau dari Kuala Lumpur menghala ke Tumpat.

Tuesday, February 21, 2012

Seorang anak luar nikah setiap 10 minit di Malaysia..


Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam atau seorang setiap 10 minit hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun.

Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.

Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di Subang Jaya 20 Febuari semalam.

Inilah 'realiti' Malaysia hari ini, gejala sosial dan pergaulan BEBAS tanpa batasan amat membimbangkan.. Siapa yang harus dipersalahkan.. Tepuk dada tanya iman.. Usah menunding jari, sebaliknya muhasabahlah diri masing-masing.. kita pastinya akan dipersoalkan kelak..

Monday, February 20, 2012

Aku tetap bangga jadi rakyat negeri Kelantan..

Salam..

Minggu lepas kecoh satu Malaya kesah Kelantan negeri tercorok dalam ranking kemiskinan negara 1Malaysia.. in bukan kutip tepi jalan.. ini adalah kenyataan PM Malaysia semasa berucap di Sabah dalam satu majlis..

Aku rakyat Kelantan 100%, mak ayah orang Kelantan, datuk nenek orang Kelantan walaupun mengikut riwayatnya moyang aku berasal dari selatan Thailand dan berhijrah ke Kelantan. Aku sedikitpun tak sedih malahan aku tetap berbangga menjadi anak Kelantan..

Kelantan miskin kata PM Malaysia, PM untuk negeri2 di Malaysia lah tu, dari Perlis sampailah ke Sabah.. Kelantan?? Kelantan in the listlah jugak... bukankah Pm membuka pekung didadanya..??

Friday, February 17, 2012

Tahun Melawat Kelantan 2012


Salam persahabatan dan persaudaraan...

Kepada adik kakak, abang2, pok cik2, mok cik2 rakyat jelata dan seluruh warganegara Malaysia dan warga asing luar negara Bangladesh, Filipina, Afrika, Nigeria, Turkistan dan juga warga Antartika dijemput untuk ke negeri tanoh tupoh darah ambo Kelantan Darul Naim bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan (TMK12) tahun ini.

Sama-samalah kita menghayati keindahan yang ada di Negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serambi Mekah. Saksikan juga apa yang ada di sana. Apakah laporan berita dan media massa berkenaan dengan Kelantan itu tepat dan benar..??

Tuesday, February 14, 2012

Hari Valentine jangan sambut.. HARAM...!!

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Menurut setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam..”

Akibat pulut santan binasa..

Di Kota Bharu , Kelantan, gara-gara mulut yang celupar seorang wanita menerima padah apabila hidungnya patah ditumbuk seorang lelaki di pekarangan Pasar Siti Khadijah, sebuah pasar yg tersohor di tengah-tengah pusat bandar.

Apapun kita tidak boleh menyalahkan mangsa kerana mengikut ceritanya mangsa berusia 20-an itu ketika menuruni tangga di pasar berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkannya terjatuh.

Sapa-sapa pun naik angin bila diperlakukan sedemikian tanpa sebab musabab.. betul tak..? mangsa pun apa lagi melawanlah.. menyebabkan suspek membaling topi keledar ke arahnya. Berikutan itu, mangsa juga ditumbuk di bahagian mata.. bodoh punya jantan dengan perempuan berani la lu bro.. cuba sama lelaki.. panakut pahit..!!