Thursday, February 23, 2012

Denda RM7000 cubit anak sendiri..


Di Melaka, seorang ibu didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mencubit tangan anak kandungnya berusia 5 tahun sehingga lebam tahun lalu. Sekiranya gagal melunaskan denda dia terpaksa merengkuk dipenjara selama enam bulan.

Maszuridah, 34, seorang pembantu kedai adalah orang yang mempunyai tanggungjawab penjagaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun didakwa telah mengabai dan mendedah sehingga menyebabkan kecederaan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini pada pukul 9 malam, 20 Julai tahun lalu.

Jadi saya nasihatkan ibu bapa janganlah cubit anak-anak kita sampai lebam-lebam yer.. Kalau marah sangatpun bersabarlah dengan kerenah anak-anak.. Anak-anak kan amanah yang perlu kita jaga dengan baik..




Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah datang ke bilik ibunya di rumah itu dan meminta supaya ditukarkan pakaian yang bersih.

Bagaimanapun, tertuduh yang sedang menghisap dadah telah mencubit dan memukul anaknya selepas mangsa mengambil sendiri pakaian di dalam almari.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon hukuman ringan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan.


Sekian

No comments: