Salam..
Minggu lepas kecoh satu Malaya kesah Kelantan negeri tercorok dalam ranking kemiskinan negara 1Malaysia.. in bukan kutip tepi jalan.. ini adalah kenyataan PM Malaysia semasa berucap di Sabah dalam satu majlis..
Aku rakyat Kelantan 100%, mak ayah orang Kelantan, datuk nenek orang Kelantan walaupun mengikut riwayatnya moyang aku berasal dari selatan Thailand dan berhijrah ke Kelantan. Aku sedikitpun tak sedih malahan aku tetap berbangga menjadi anak Kelantan..
Kelantan miskin kata PM Malaysia, PM untuk negeri2 di Malaysia lah tu, dari Perlis sampailah ke Sabah.. Kelantan?? Kelantan in the listlah jugak... bukankah Pm membuka pekung didadanya..??
Aku bukan nak pertikai fakta dari mana atau sumber rujukan kitab mana yang PM dapat dan PM petik sebab dia PM.. pastinya sumber dia sahih dan tepat.. Cuma aku nak mintak PM pikir sikit kenapa Kelantan miskin.. royalti minyak Kelantan tak bagi sedangkan itu hak rakyat Kelantan.. peruntukan dan geran tahunan macamana?? bantuan untuk rakyat Kelantan?? infrastruktur dan lain2 kemudahan untuk rakyat Kelantan macamana? Ada engkau kesah..??
Cukuplah aku katakan bahawa sudah berpuluh2 tahun kelantan dipinggirkan.. dianaktirikan.. disisihkan.. baru sekarang mula nak bukak mata.. aku mintak cubalah PM sama ratakan dan tidak bezakan Kelantan dgn negeri2 lain di Malaysia dgn semangat federalisme yang sejati..
catatan ringkas ...
No comments:
Post a Comment