Tuesday, February 14, 2012

Akibat pulut santan binasa..

Di Kota Bharu , Kelantan, gara-gara mulut yang celupar seorang wanita menerima padah apabila hidungnya patah ditumbuk seorang lelaki di pekarangan Pasar Siti Khadijah, sebuah pasar yg tersohor di tengah-tengah pusat bandar.

Apapun kita tidak boleh menyalahkan mangsa kerana mengikut ceritanya mangsa berusia 20-an itu ketika menuruni tangga di pasar berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkannya terjatuh.

Sapa-sapa pun naik angin bila diperlakukan sedemikian tanpa sebab musabab.. betul tak..? mangsa pun apa lagi melawanlah.. menyebabkan suspek membaling topi keledar ke arahnya. Berikutan itu, mangsa juga ditumbuk di bahagian mata.. bodoh punya jantan dengan perempuan berani la lu bro.. cuba sama lelaki.. panakut pahit..!!



Dalam kejadian tersebut mangsa yang juga peniaga di pasar tersebut cedera parah dan sakit badan akibat pergaduhan terbabit.

Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut Sinar harian edisi Kelantan hari ini Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata, kejadian berlaku kerana sebelum ini terdapat pertengkaran mulut antara kedua-duanya apabila mangsa mengatakan suspek anak penagih dadah.

Idris berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an itu menuruni tangga di pasar berkenaan dan ketika itu lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkan wanita berkenaan terjatuh.

Pergaduhan sempat dileraikan orang awam yang berada di situ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat Pengkalan Chepa, semalam.


Mangsa kemudian membuat laporan polis dan gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan 20-an dilakukan bagi membantu siasatan.

”Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya.

Wacana Minda merakam simpati..!

No comments: