Thursday, July 31, 2008

LRT rosak -170 Ribu warga kota terkandas

KUALA LUMPUR: Lebih 170,000 warga ibu kota terkandas apabila perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang digunakan untuk urusan seharian mengalami masalah teknikal, semalam 29 Julai.

Kebanyakan pengguna kecewa kerana perkhidmatan yang tergendala itu menjejaskan urusan harian, terutama mereka yang hendak ke tempat kerja.

Seorang pelajar institusi Pengajian Tinggi (IPT), Saranpal Singh Chabbra, 19, berkata masalah itu menyebabkan masanya terbuang kerana perlu menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Katanya, masalah itu tidak sepatutnya berlaku dan pihak pengurusan LRT perlu memastikan ia berada dalam keadaan sempurna dengan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.


“Sepatutnya pihak LRT melakukan pemeriksaan terlebih dulu supaya masalah dapat dikesan lebih awal dan jangan menunggu ketika perkhidmatan hendak dimulakan baru tindakan diambil.


“Ini menyebabkan pengguna yang bergantung dengan perkhidmatan itu terjejas lebih-lebih lagi jika hendak pergi ke tempat kerja atau ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Britain, William, 30, berkata dia kecewa kerana lawatannya ke sekitar Taman Rekreasi Tasik Perdana terlewat mengikut rancangan yang diatur.

William yang baru sampai ke negara ini kelmarin bersama isterinya, Sarah William, berkata ia berikutan terpaksa menunggu lama untuk mendapat tren selain masalah tren yang bergerak terlalu lambat.

“Kelewatan tren menyebabkan kami terlewat melawat beberapa tempat seperti yang dirancangkan. Bayangkan masa satu jam diambil dari Stesen KLCC untuk ke Pasar Seni.

“Saya amat kecewa dengan masalah ini kerana menyangka ia menawarkan perkhidmatan yang lebih selesa, cepat dan murah, tetapi menjadi sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), Ebi Azly Abdullah, berkata masalah itu berpunca daripada sistem laluan antara stesen LRT Gombak dan Stesen LRT Setiawangsa yang mengalami masalah, hingga menjejaskan sistem pemanduan automatik seterusnya menyebabkan sistem keselamatan gagal berfungsi.

Wednesday, July 30, 2008

Tuesday, July 29, 2008

Uniknya Kelantan: Sambutan Bulan Sembahyang


Kalau ditempat-tempat lain pelbagai sambutan diadakan, di Kelantan juga begitu .. tidak ketinggalan mengadakan pelbagai sambutan dan perayaan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam yang menjadi dasar kerajaan kelantan "Membangun Bersama Islam", selogan yang digunapakai hampir 20 tahun namun masih segar dan kekal hingga hari ini. Alhamdulillah..

Sekarang ni, bulan merdeka sedang disambut meriah dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik. Berlainan dengan Kelantan sambutan bulan merdeka tetap dirai kerana dengan kemerdekaan inilah juga kita dapat hidup aman tanpa sengketa dan huru hara. Namun begitu program kerohanian juga perlu diseimbangkan dengan program lain.

Dekat-dekat Ramadhan ni, sambutan bulan sembahyang amat tepat sekali. Tahniah kepada pemimpin kerajaan Kelantan yang bijaksana dan sini. World.. world jugak .. Akhirat jangan lupa..!! Kalau sambutan lain yang ada nilai komersial disambut meriah tiga hari tiga malam... kenapa sambutan sembahyang yang bernilai spiritual tidak dibuat..??? sedangkan inilah tunjang penting dalam kehidupan. Mencegah kemungkaran dan kepincangan dalam masyarakat.

Beginilah melihat sesuatu hanya dari satu sudut !!

Friday, July 25, 2008

Berfikirlah untuk akhirat !!

Oleh: Ustaz Zawawi Yusoh (UIAM)

PADA hakikatnya kita sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir mengenai cara meningkatkan prestasi kerja. Kita berfikir mengenai cara untuk mengatasi masalah yang di hadapi.

Selepas itu, kita berfikir pula mengenai cara mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula mengenai cara menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.

Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa musibah, ketika kesempitan wang, ketika sakit atau ketika kita hadapi kegagalan.

Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang dilakukan.

Dalam banyak waktu kita habiskan untuk berfikir per nahkah ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta? Bagaimana prestasi iman kita? Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui, adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta?

Pernahkah kita berfikir untuk 'menyemak' batin kita, adakah di dalamnya jernih laksana titisan embun atau lakaran hitam yang kelabu dan berdebu dengan dosa? Bagaimana solat kita, puasa kita, anak-anak kita, suami atau isteri kita, sudahkah jelas kefahaman hamba Allah?

Sudahkah matlamat kita selari dengan kehendak Pencipta? Sudah layakkah kita memegang 'gelaran' khalifah Allah yang mempunyai tugas besar sebagai ejen perubahan dalam ma syarakat?

Banyak-banyak maaf saya mohon kerana banyak sangat soalan yang ditanya. Kata orang kalau banyak sangat tanya dikata banyak 'songel'.

Katalah pun nak kata tetapi soalan yang ditanya sebenarnya sangat penting dalam kehidupan malah itulah penentu kita ini supaya beza antara hidup dan hidup-hidupan.

Semua soalan yang dilontarkan sebenarnya saya hendak kongsi mengenai kepentingan berfikir. Dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”

Nah, betapa mahalnya nilai berfikir dan kesan yang di peroleh jika betul cara berfikir kita, berbanding ibadat begitu saja.

Berfikir sebenarnya adalah proses menyimpan, mengingat, menganalisis dan menyimpulkan berbagai-bagai maklumat yang ada di dalam dan luar diri kita sehingga menjadi idea dan akhirnya mendorong kita untuk bertindak.

Fikiranlah yang akan mengarahkan ke mana kita akan pergi dan bagaimana kita akan buat kerana dalam fikiran itu, seluruh keputusan, perencanaan serta konsep hidup di tentukan.

Malah, dengan pemikiran jugalah yang menjadi penentu kedekatan kita dengan Allah. Satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Ketahuilah wahai Anas sesungguhnya orang yang bodoh itu lebih banyak tertimpa musibah kerana kebodohannya daripada orang jahat yang berakal. Sesung guhnya amat mudahlah seorang hamba mendekati Tuhannya dengan akalnya.”

Kata Napolean Hill: “ If a man is right, his world will be right.”

Jadi, dalam kesibukan kita mencari dunia jangan lupa memberikan waktu untuk berfikir. Bahagikan masa kita kepada empat waktu iaitu:

~ Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.
~ Waktu untuk dia bermuhasabah mengenai dirinya.
~ Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan-ciptaan Allah.
~ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.

Wednesday, July 23, 2008

Mana Adik Sharlinie .. kita seolah lupa dia belum ditemui..



Salam,

Hari ni entah hari yang ke berapa dah kehilangan Adik Sharlinie yang disyaki diculik penjenayah ketika bermain berhampiran kediamannya di Kampong Medan Petaling Jaya. Tak tau apa cerita.. didada akhbar pun hilang ceritanya.. tiada lagi kenyataan dan penemuan terbaru dari pihak polis. Perkembangannya seolah terbantut dengan kegawatan yang berlaku dalam negara hari ini. Aku pasti keluarganya tidak jemu-jemu berusaha dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan anaknya. Samada pertemuan hidup atau mati.

Kalau mati biarlah berkubur !!! Itulah harapan keluarganya. Penantian yang tiada bepenghujung adalah suatu penyiksaan batin yang amat pedih. Bayangkanlah sekiranya kita ditempat mereka. Hanya tuhan yang tau. Kalau lemah iman aku pasti suatu tindakan yang tidak waras akan diambil. Aku doakan semoga pihak keluarga nya sentiasa tabah dan usahlah jemu berdoa dan berusaha mencarinya. Harapan keluarganya masih kuat Sharlinie masih boleh dijumpai.

Harap-harap pihak polis tidak benrhenti dari terus mencari Sharlinie. Inilah harapan rakyat pada pihak polis bukan hanya bertindak mengikut telunjuk pemerintah. Buat roadblock yang tidak sepatutnya.. menahan manusia tanpa sebab jenayah.. menghalang orang ramai dari menyatakan hak.

Aku amat berharap dalam sehari dua ni ada perkembangan terbaru tentang Sharlinie. Biarlah ada noktah penamat penantian keluarganya. Pihak bertanggungjawab yang diamanahkan menjaga keselamatan negara dapat bertindak dan mealkukan sesuatu ikhtiar bagi mencari Sharlinie. Polis Malaysia antara yang terbaik didunia, pastinya sedang berusaha kearah itu.

Marilah kita panjatkan doa semoga Sharlinie dijumpai dan mengambil tanggungjawab bersama melaporkan sekiranya ada matlumat tentang Adik Sharlinie.

sekian

Monday, July 21, 2008

Penduduk diancam harimau kumbang


BACHOK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam memulakan operasi menangkap harimau kumbang yang didakwa berkeliaran sekitar Kampung Kolam, dekat sini.

Penolong Pengarah Perhilitan Kelantan, Charles Keliang, berkata pihaknya memasang sebuah perangkap berhampiran rumah seorang penduduk kampung yang mendakwa terserempak dengan haiwan itu, kelmarin.

Beliau percaya sekurang-kurangnya dua ekor haiwan terbabit berada sekitar kampung itu berdasarkan kesan tapak kaki berukuran tujuh sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar, serta satu lagi tapak berukuran lima sentimeter panjang dan empat sentimeter lebar.

"Berdasarkan penelitian kami, harimau kumbang terbabit masih berada di sekitar kampung ini dan keluar mencari makan waktu malam. Diharap, haiwan berkenaan akan memasuki perangkap ini secepat mungkin, sekali gus menjamin keselamatan penduduk," katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, penduduk kampung berkenaan mendakwa terserempak dengan tiga ekor harimau kumbang termasuk dua anak yang berkeliaran sekitar kampung sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk yang takut untuk keluar rumah, khususnya pada waktu malam.

Untuk sementara waktu, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) turut berkawal di sekitar kampung terbabit malam kelmarin bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Sementara itu, seorang penduduk, Zaharudin Zakaria, 35, yang mendakwa terserempak dengan haiwan itu, berkata seekor ayam ternakannya sudah dibaham haiwan terbabit, selain ia turut memakan beberapa biji durian berdasarkan kesan kuku tajam yang ditinggalkannya.

//Berita Harian

Friday, July 18, 2008

Mampu berbuat kebaikan....tanda Allah kasih!

Kita buat kebaikan bukan sebab kita rajin.. tapi kerana hidayah Allah.. Ramai lagi manusia lain yang rajin-rajin belaka.. kerja sampai jauh malam tak berhenti... lupa waktu rehat dan makan ... rajinlah tu.. tapi solat 5 minit diabaikan... kerajinan tidak bermakna tanpa hidayah Allah.. Jadi marilah kita sama-sama memohon dari Allah semoga dikurniakan kepada kita HIDAYAHNYA..

Sama-sama kita renungkan.....

Seringkali kita didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita lakukan. Bukan saja orang lain berasa kagum, kita sendiri pun hairan. Ketika itu, hati rasa amat bahagia. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah s.w.t. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolongan-Nya.

Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, jika pada waktu yang lain, tiada apa kebaikan pun kita lakukan? Apa jua kebaikan dan amal soleh tidak berdaya dibuat dan bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Adakalanya ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup tidak keruan dan ketahuan. Contohnya macam solat sunat qabliah, baʼdiah dan mengisi tabung masjid, paling tidak setiap Jumaat. Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan.

Ramai di kalangan kita yang mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah al-Jabbarul Muntaqim. Kita hanya melihatnya sebagai factor biasa, seperti saintis barat yang melihat sesuatu fenomena alam biasa apabila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah s.w.t di angkasa. Sebenarnya factor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikan. Apabila berdosa, Allah pun murka. Kerana murka kita ditinggalkan dan tidak dibantu-Nya.

Apabila Allah tidak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tidak berdaya hendak kita lakukan. Kita pun tidak dipermudahkan Allah untuk membuat amal. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Derma RM5 seminggu apalah sangat.Itulah analoginya dan pengalaman kita. Andainya tiada hukuman dan denda bagi setiap dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa. Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ʽmenjauhʼ dari kita.

Sama-sama kita renungkan....

Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang daripada berbuat ketaatan sudah sukup dirasakan bagai tahi bintang yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta Yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu daripada ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya. Ada di kalangan Sahabat yang tertinggal Takbiratul Ihram dalam jemaah bersama Rasulullah s.a.w, berasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada jalan Allah. Fi sabilillah!

Justeru, mereka selalu memantau dan ʽupdateʼ hubungan dengan Allah s.w.t. bukan sekadar itu. Bagi mereka ʽsesaatʼ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukurinya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ʽdemamʼ. Jauh sangat kita dari sudut ini. Apa tidaknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih menunjuk muka ʽbiasaʼ, masih selamba dan nampak ketawa berjenaka.

Aku Dah BOSAN.. !!


Pergolakan, kecelaruan, sengketa,
sesama sebangsa seagama,
tiada kesudahan.. hari-hari ..
Bilakah akan berakhir..

Tuduh menuduh.. fitnah memfitnah..
kata mengata... kutuk mengutuk...
caci mencari..keji mengeji..
selak menyelak.. salak menyalak...

Oh Bangsaku...
Kembalilah kejalan kebenaran
Carilah hidayah..
Kembalilah kejalan lurus
Carilah perdamaian..

Pasti ada titik persamaan
digarisan penyatuan
Buang yang keruh
Ambil kejernihan ..

Tuesday, July 15, 2008

Rungkaikan Kecelaruan : Lantik MB Kelantan Teraju Malaysia - Mufti Perlis

Dibawah ini saya sertakan video Mufti Perlis mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin masa kini bagi menguraikan kecelaruan politik.

Monday, July 14, 2008

Sambutan Jubli Perak MRSM Taiping.



Tempat : MRSM TAIPING, Jln Bukit Larut, Taping Perak.
Tarikh : 25 ~ 27 JULAI 2008


ALHAMDULILLAH... pejam-celik pejam-celik dah suku abad lamanya sekolahku telah wujud dimuka bumi Allah ini. Rasanya baru semalam aku meninggalkan kerusi persekolahan aku disitu. Apa yang lebih membanggakan aku lagi, aku merupakan antara batch pineer yang membesar bersama kemajuan dan kegemilangannya. Selama 5 tahun aku menempuh segala macam peristiwa yang kini tersemat kukuh dalam memori hidup aku. Segala yang pahit dan manis aku gandingkan bersama sebagai pedoman, panduan, sempadan dan teladan dalam aku meneruskan kehidupan dunia yang sementara.

"... Segalanya bermula disini..." itulah ungkapan yang tepat untuk aku rungkaikan segalanya. Disini aku belajar bukan hanya sekadar akademik yang sedikit sebanyak membantu aku menjadi aku pada hari ini. Tetapi sesungguhnya banyak lagi perkara yang aku pelajari disana secara formal atau unformal. Disini aku belajar sebuah penghidupan dan hubungkait dengan persekitarannya. Segala apa yang berlaku sepanjang tempoh bermastautinnya aku disitu kini sudah menjadi lipatan sejarah namun masih segar dalam memori kau.

Masa tak mungkin kembali, yang pasti aku akan kembali bersama rakan-rakan yang dulunya sama-sama menempa sejarah untuk meraikan sambutan jubli perak MRSM Taiping hujung bulan ini. Aku mengambil kesempatan diblog aku ni menyeru seluruh rakan-rakan seperjuangan aku untuk sama-sama mengambil bahagian dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Selain daripada kita dapat bersama-sama meraikan majlis tersebut kita juga dapat mengambil kesempatan bertemu mata bertanya khabar diri masing-masing.
tak ggitu yeop..?

Apa yang membuat aku amat teruja untuk turut serta dan aku pasti rakan-rakan yang lain juga seperti aku adalah dengan adanya acara 25th Anniversary Dinner yang bakal dihadiri oleh sebahagian guru-guru dan staff-staff yang telah banyak menabur bakti dan jasa kepada kami dahulu. Meraka-mereka inilah yang sepatutnya kami raikan dimajlis itu nanti. Sumbangan dan jasa mereka amat besar pada kami. Tanpa tunjuk ajar dan didikan mereka tak taulah apa nasib kami sekarang...?? Mungkin kami tidak seperti kami hari ini.

Selain itu aku turut mendoakan semoga segalnya berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. segala aturcara yang disusun dapat disempurnakan dengan jayanya. Aku juga berdoa agar MRSMku terus maju dan berjaya dalam mendidik anak bangsaku dan harapan aku pada adik-adik di MRSM Taping .. belajarlah bersungguh-sungguh .. timbalah sebanyak ilmu yang berguna dan jagan nakal-nakal. Jangan jadi macam abang ... peluang terbentang luas tapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Menyesal sekarang pun tak guna... so. redha ajerlahh..

Sebelum menutup bicara, terimalah lagu popular suatu masa dulu... yang masih aku hafal dan aku lagukan bila aku boring tak tau nak buat apa...


WAHAI PUTERA-PUTERI BANGSAKU
AYUH SEGERA MENUJU
MENGIKUT GERAK LANGKAH MAJU
BERSATU MENCARI ILMU

DI ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI
NEGARA PERLUKAN JASAMU
JANGANLAH RASA MALAS LAGI
BERSAMA MEMEGANG TERAJU

DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TUNTUT ILMU, JANGAN JEMU
IKRAR TAAT SETIA PADA GURU
BERDISIPLIN SELALU

HARI INI HARI MULANYA
HARI ESOK BERJAYA
LENGKAPKAN SEGALA YANG ADA
KE KULIAH KITA SEGERA...

Friday, July 11, 2008

Cantik & Manja : Kenapa Diceraikan..?


Berita artis cantik dan manja, pelakun drama 'Puteri' Nora Danish bercerai dengan suaminya, anak kepada bekas MB Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib yang tak sampai dua tahun berkahwin menarik perhatian aku. Terfikir jugak kenapa gadis secantik Nora diceraikan sedangkan gadis tersebut menjadi idaman ramai jejaka untuk memilikinya. Beliau cantik, bijak dan manja, ciri-ciri yang diidami setiap lelaki untuk dijadikan suri hidup mereka.

Kata Nora Danish, sememangnya sudah tiada jodoh antara mereka, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan saja menentukan segala-galanya. Beliau sudah cuba yang terbaik mempertahankan ikatan perkahwinannya yang tidak sampai dua tahun pun, tapi ini kesudahan yang terpaksa diterima. Perceraian memang berat untuk dihadapi terutama dalam keadaan mengandung.

Memang itulah jawapan yang sepatutnya diberi bila suatu ikatan telah hancur musnah, 'Jodoh tak panjang..' tetapi kenapa tidak cuba diselamatkan.??? Sesungguhnya perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah sesuatu yang dinamakan talak atau penceraian. Adakah sudah tiada lagi jalan penyelesai sehingga begitu mudah melafazkan cerai..?? Entahlah. Mungkin juga inilah dunia artis .. ahwin cerai dah jadi lumrah .. terpampang setiap hari didada-dada akhbar. Nasib baik aku bukan artis.

Kepada 'Puteri' Nora .. tabahlah dalam meneruskan kehidupan didunia ini... pasti masih ada sinar kebahagian buatmu. anggaplah sebagai cubaan dan dugaan dalam mengharungi kehidupan yang masih panjang. Biasanya artis ni.. bila berstatus janda lebih laku...

Thursday, July 10, 2008

MUBAHALAH ..


Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Soalan:
Apakah dia mubahalah?
Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?


Jawapan:
Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.

Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59).
Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka.
Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.).
Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).
Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).
Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”.(Zadul-Ma’ad, 3/643)
Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.

Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).

Wallahu a’lam.

Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Wednesday, July 9, 2008

MINYAK NAIK - Ustaz Akhil Hayy (LiVE at BACHOK)

Hayatilah...

Nak Kerja Sembahyang Mesti Cukup


Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:

Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).
Lalu bagi orang-orang Islam, apabila MB Kelantan menyarankan agar akan dijadikan syarat mandatori bagi sesiapa yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan bahawa salah satu syaratnya mereka mestilah menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumaat, sarana itu sesuatu yang boleh diterima tidak melampau malah memanjangkan semangat ayat di atas.

Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat!
Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.

Saya menyarankan agar kerajaan negeri-negeri lain lebih-lebih lagi kerajaan Pakatan Rakyat mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing.

Apa kata mereka agaknya?

Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Tuesday, July 8, 2008

Rakyat Kelantan Bakal Nikmati NGV Dan LPG Lebih Murah


KOTA BAHARU -- Kerajaan negeri Kelantan mendapat tawaran daripada negara luar untuk mengimport bahan api NGV (gas asli bagi kenderaan) dan LPG (gas petroleum cecair) dengan harga yang lebih murah sebagai langkah meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata pihak pengeluar bahan api itu bagaimana pun telah meminta kerajaan negeri supaya mendapatkan permit import (AP) dan kerajaan negeri perlu mendapatkannya dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Jika perlu kita akan membuat demonstrasi kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mendapatkan AP itu," katanya semasa sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari Isnin.

Katanya empat buah syarikat telah dipilih untuk menjayakan program itu dan jika ianya berjalan lancar, program penggunaan bahan api itu akan diperluaskan ke empat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum permohonan AP itu dibuat, katanya pihaknya akan terlebih terdahulu berunding dengan Petronas untuk membekalkan bahan api tersebut ke negeri itu.

Namun, jika pihak petronas tidak mahu turut serta dalam program itu maka barulah kerajaan negeri akan memohon AP.

Dengan penggunaan NGV dan LPG itu, katanya kerajaan negeri akan melaksanakan program pemasangan tangki untuk kereta sewa dan kakitangan awam.

"Kita akan menyediakan skim bayaran secara ansuran untuk meringankan beban mereka. Dengan penggunaan bahan api itu ianya akan menjimatkan kos serta tidak membebankan pengguna," katanya.

--BERNAMA

Monday, July 7, 2008

Kelantan Makin Gah Saingi Piala Malaysia


KOTA BHARU – Kelantan menarik nafas lega apabila menang 3-2 ke atas Sarawak pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV malam ahad lepas 6/7/08.

Kemenangan yang dicari selama ini untuk menebus kekalahan 1-3 kepada pasukan pelawat di Kuching dua minggu lalu bagi memberi saingan kepada pasukan dalam Kumpulan A.

Kelantan terus mengasak sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan dan mereka mendapat jaringan pada minit ketiga selepas Mohd. Ramizul Zahini yang menanduk masuk sepakan percuma oleh Mohd. Badri Radzi.

Barisan penyerang Kelantan yang dikemudikan oleh Moumahadou Moustopha dan Enock Bentil melancarkan gerakan berbahaya dan Moustopha nyaris menjaringkan gol kedua Kelantan namun tendangannya melewati palang gol.

Pemain gantian, Mohd. Amri Fazal yang menggantikan Mohd. Ramizul Zahini meletakkan Kelantan selesa 2-0 di depan pada minit ke-56.

Namun kegembiraan Kelantan hanya bertahan selama sembilan minit apabila Sarawak menjaringkan dua gol bagi menyamakan kedudukan pada minit ke 63 menerusi Dzulazlan yang melepasi perangkap ‘off-said’ sebelum menolak mudah bola ke dalam gawang menewaskan Md. Shahrizan Ismail.

Dua minit kemudian, kapten Sarawak Samsul Napiah menyamakan kedudukan 2-2 selepas merembat bola menewaskan Md. Shahrizan Ismail.

Permainan bertambah rancak dengan gerakan dan percubaan berbahaya kedua-dua pasukan malah Kelantan mempunyai tiga percubaan terkena palang dan tiang gol.

Ketangkapan penjaga gol Kelantan, Md. Shahrizan Ismail harus dipuji kerana menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Sarawak.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh pemain pertahanan, Jan Necas pada minit ke-70 yang menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 30 meter menewaskan penjaga gawang Sarawak, Abd. Gani Anuar.

Sunday, July 6, 2008

060708 :Minyak Naik .... Rakyat Belum Naik Minyak..?

Biarkan Gambar-gambar Ini Berbicara


Jumlah kehadiran disebelah pagi agak megecewakan.. mungkin jam 10 masih terlalu awal bagi warga kota untuk ke situ .. Bangun dan bersiap .. sarapan dan menguruskan anak-anak .. kemas rumah adalah rutin hujung minggu ...Atau mungkin juga rakyat sudah turun minyak dengan kenaikan harga minyak .. sekatan sepanjang jalan juga memungkinkan keadaan ini. semoga kunjungan akan terus meningkat saban waktu .. optimis..optimiss..

PENTAS Utama.. disinlaha pemidato-pemidato dan pemimpin-pemimpin berucap... selain itu disini juga acara berbentuk hiburan dan persembahan pentas diadakan.

Kehadiran pada waktu malam sempena ceramah perdana dan acara kemuncak .. meningkat mendadak berbanding waktu siangnya. Kehadiran dianggarkan berjumlah lebih 20,000 orang.

Kehadiran Dato'Seri Anwar Ibrahim memang ditunggu-tunggu ..Ucapan beliau merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam. Dalam ucapannya beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya. Selain itu ia turut mengulas dakwaan mengaitkan beliau dengan Amerika.

GERAI JUALAN cenderamata dan pameran serta jualan makanan disekitar perkarangan stadium.. meriah dan laris ..
macam pasar malam ... menarik perhatian pengunjung.

ALHAMDULILLAH...KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH..Setidak-tidaknya, suasana sujud dalam solat hajat di tempat terbuka seperti di stadium telah menjadi satu pemandangan yang akan menjadi kebiasaan di Selangor (Dulu Kelantan Shj)!
Dan doa orang yang teraniaya adalah menjadi penawar kepada perjuangan mereka yang tiada penat dan tiada erti putus asa.
Teruskan perjuanganmu!

BERSEMANGAT ..gadis-gadis remaja peserta perhimpunan bantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya. Inilah puteri harapan Agama, Bangsa dan Tanahair.. Serikandi terbilang, cemerlang dan gemilang .. Dunia dan Akhirat .. InsyaAllah...

AKSI kurang senonoh seorang artis yang menimbulkan kemarahan di kalangan hadirin ketika Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam. Memang patut 700 anggota Unit Amal Pemuda PAS membantah dengan menarik diri dari perhimpunan ini. Ramai juga peserta yang kecewa dan cabut lari... Kita nak buat demostrasi aman bukan nak berhibur ..!!

PEMERIKSAAN polis melibatkan semua jenis kenderaan. Sekatan jalan raya sepanjang perjalanan menuju Kelana Jaya.. Satu tindakan bodoh pihak polis ..??? Apa yang nak dicari ..?? entahlah .. khabarnya tiada sebaran tangkapan dibuat .. Tujuannya hanya nak menyusahkan orang sahaja.. takde sebab lain.

Kemunting... ia membunuh segala harapan ..

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.


Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

Yusuf tidak bersalah
Pemenjaraannya tanpa had masa.
Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.


Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial [sumber: Harakahdaily]



Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya. [BERITA PENUH DI HARAKAHDAILY]

Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!



Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.



Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.



Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Friday, July 4, 2008

Tazkirah: Allah sembunyikan Enam Perkara

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam

Thursday, July 3, 2008

Tok Guru minta Anwar bersabar, majoriti rakyat percaya konspirasi politik


60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Katanya lagi, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang Rabu 2 Julai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.

Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), dan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.

"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," kata Anwar ketika ditemui pemberita. Anwar juga merakamkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.

Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah.