Monday, July 14, 2008

Sambutan Jubli Perak MRSM Taiping.



Tempat : MRSM TAIPING, Jln Bukit Larut, Taping Perak.
Tarikh : 25 ~ 27 JULAI 2008


ALHAMDULILLAH... pejam-celik pejam-celik dah suku abad lamanya sekolahku telah wujud dimuka bumi Allah ini. Rasanya baru semalam aku meninggalkan kerusi persekolahan aku disitu. Apa yang lebih membanggakan aku lagi, aku merupakan antara batch pineer yang membesar bersama kemajuan dan kegemilangannya. Selama 5 tahun aku menempuh segala macam peristiwa yang kini tersemat kukuh dalam memori hidup aku. Segala yang pahit dan manis aku gandingkan bersama sebagai pedoman, panduan, sempadan dan teladan dalam aku meneruskan kehidupan dunia yang sementara.

"... Segalanya bermula disini..." itulah ungkapan yang tepat untuk aku rungkaikan segalanya. Disini aku belajar bukan hanya sekadar akademik yang sedikit sebanyak membantu aku menjadi aku pada hari ini. Tetapi sesungguhnya banyak lagi perkara yang aku pelajari disana secara formal atau unformal. Disini aku belajar sebuah penghidupan dan hubungkait dengan persekitarannya. Segala apa yang berlaku sepanjang tempoh bermastautinnya aku disitu kini sudah menjadi lipatan sejarah namun masih segar dalam memori kau.

Masa tak mungkin kembali, yang pasti aku akan kembali bersama rakan-rakan yang dulunya sama-sama menempa sejarah untuk meraikan sambutan jubli perak MRSM Taiping hujung bulan ini. Aku mengambil kesempatan diblog aku ni menyeru seluruh rakan-rakan seperjuangan aku untuk sama-sama mengambil bahagian dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Selain daripada kita dapat bersama-sama meraikan majlis tersebut kita juga dapat mengambil kesempatan bertemu mata bertanya khabar diri masing-masing.
tak ggitu yeop..?

Apa yang membuat aku amat teruja untuk turut serta dan aku pasti rakan-rakan yang lain juga seperti aku adalah dengan adanya acara 25th Anniversary Dinner yang bakal dihadiri oleh sebahagian guru-guru dan staff-staff yang telah banyak menabur bakti dan jasa kepada kami dahulu. Meraka-mereka inilah yang sepatutnya kami raikan dimajlis itu nanti. Sumbangan dan jasa mereka amat besar pada kami. Tanpa tunjuk ajar dan didikan mereka tak taulah apa nasib kami sekarang...?? Mungkin kami tidak seperti kami hari ini.

Selain itu aku turut mendoakan semoga segalnya berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. segala aturcara yang disusun dapat disempurnakan dengan jayanya. Aku juga berdoa agar MRSMku terus maju dan berjaya dalam mendidik anak bangsaku dan harapan aku pada adik-adik di MRSM Taping .. belajarlah bersungguh-sungguh .. timbalah sebanyak ilmu yang berguna dan jagan nakal-nakal. Jangan jadi macam abang ... peluang terbentang luas tapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Menyesal sekarang pun tak guna... so. redha ajerlahh..

Sebelum menutup bicara, terimalah lagu popular suatu masa dulu... yang masih aku hafal dan aku lagukan bila aku boring tak tau nak buat apa...


WAHAI PUTERA-PUTERI BANGSAKU
AYUH SEGERA MENUJU
MENGIKUT GERAK LANGKAH MAJU
BERSATU MENCARI ILMU

DI ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI
NEGARA PERLUKAN JASAMU
JANGANLAH RASA MALAS LAGI
BERSAMA MEMEGANG TERAJU

DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TUNTUT ILMU, JANGAN JEMU
IKRAR TAAT SETIA PADA GURU
BERDISIPLIN SELALU

HARI INI HARI MULANYA
HARI ESOK BERJAYA
LENGKAPKAN SEGALA YANG ADA
KE KULIAH KITA SEGERA...

No comments: