Thursday, July 3, 2008
Tok Guru minta Anwar bersabar, majoriti rakyat percaya konspirasi politik
60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.
Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.
Katanya lagi, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.
"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.
Dalam perkembangan lain, MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang Rabu 2 Julai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.
Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), dan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.
"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," kata Anwar ketika ditemui pemberita. Anwar juga merakamkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.
Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment