Monday, July 7, 2008

Kelantan Makin Gah Saingi Piala Malaysia


KOTA BHARU – Kelantan menarik nafas lega apabila menang 3-2 ke atas Sarawak pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV malam ahad lepas 6/7/08.

Kemenangan yang dicari selama ini untuk menebus kekalahan 1-3 kepada pasukan pelawat di Kuching dua minggu lalu bagi memberi saingan kepada pasukan dalam Kumpulan A.

Kelantan terus mengasak sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan dan mereka mendapat jaringan pada minit ketiga selepas Mohd. Ramizul Zahini yang menanduk masuk sepakan percuma oleh Mohd. Badri Radzi.

Barisan penyerang Kelantan yang dikemudikan oleh Moumahadou Moustopha dan Enock Bentil melancarkan gerakan berbahaya dan Moustopha nyaris menjaringkan gol kedua Kelantan namun tendangannya melewati palang gol.

Pemain gantian, Mohd. Amri Fazal yang menggantikan Mohd. Ramizul Zahini meletakkan Kelantan selesa 2-0 di depan pada minit ke-56.

Namun kegembiraan Kelantan hanya bertahan selama sembilan minit apabila Sarawak menjaringkan dua gol bagi menyamakan kedudukan pada minit ke 63 menerusi Dzulazlan yang melepasi perangkap ‘off-said’ sebelum menolak mudah bola ke dalam gawang menewaskan Md. Shahrizan Ismail.

Dua minit kemudian, kapten Sarawak Samsul Napiah menyamakan kedudukan 2-2 selepas merembat bola menewaskan Md. Shahrizan Ismail.

Permainan bertambah rancak dengan gerakan dan percubaan berbahaya kedua-dua pasukan malah Kelantan mempunyai tiga percubaan terkena palang dan tiang gol.

Ketangkapan penjaga gol Kelantan, Md. Shahrizan Ismail harus dipuji kerana menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Sarawak.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh pemain pertahanan, Jan Necas pada minit ke-70 yang menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 30 meter menewaskan penjaga gawang Sarawak, Abd. Gani Anuar.

1 comment:

Anonymous said...

majulah sukan..jgn rosak moral kerana sukan sudah.malam ni sokong n9!yey!